Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perkhidmatan atas talian luar negara dikenakan cukai
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 7:24 PM
Dikemaskini: 11:34 AM

BELANJAWAN 2019 | Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 hari ini mengumumkan pelaksanaan cukai bagi perkhidmatan atas talian dari luar negara.

Cukai berkenaan termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital.

Menurut Lim dalam Belanjawan 2019 yang baru berakhir sebentar tadi, cukai itu dijangka bermula pada 1 Januari 2020.

“Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri,” katanya.

Walaupun beliau tidak menyebut mana-mana nama penyedia servis dalam talian secara terperinci tetapi nama-nama popular seperti Netflix, Spotify dan Steam dipaparkan pada slaid pembentangan itu.

Penyedia perkhidmatan asing terlebih dahulu dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Kastam.

Bagaimanapun, buat masa ini, nilai cukai yang akan dikenakan belum diumumkan.

 

Lihat Komen
ADS