Levi perjalanan udara ke luar negara
Diterbitkan: Nov 2, 2018 7:56 PM | Dikemas kini: Nov 2, 2018 7:57 PM
Kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kadar yang dicadangkan itu membabitkan dua peringkat kategori iaitu masing-masing sebanyak RM20 bagi penumpang ke negara-negara ASEAN manakala RM40 bagi destinasi negara lain.
"Kadar yang dicadangkan itu adalah konsisten atau tidak melebihi kadar yang dikenakan oleh negara lain termasuk Thailand sebanyak US$20, Hong Kong AS$15 dan Jepun AS$10,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini.

