Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian Pendidikan terima peruntukan paling banyak
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 8:06 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

BELANJAWAN 2019 | Kementerian Pendidikan merupakan penerima peruntukan terbesar di bawah Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.

Daripada keseluruhan perbelanjaan, Lim mengumumkan RM60.2 bilion iaitu 19.1 peratus bagi tujuan pendidikan.

Daripada jumlah itu, RM2.9 bilion dikhaskan untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

Manakala bagi tujuan menaikkan taraf dan menyelenggara sekolah, sejumlah RM652 juta diperuntukkan berbanding RM615 juta dalam belanjawan BN sebelum ini.

Peruntukan itu termasuklah RM50 juta untuk sekolah tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah pondok berdaftar.

Selain itu, RM3.8 bilion diperuntukkan bagi meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran menerusi agensi seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan.

Lim juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara, selain pembinaan sekolah tambahan yang akan dibiayai melalui kaedah pertukaran tanah secara tender terbuka.


Baca Ada sebab mengapa Dr M nak jadi menteri pendidikan


Mengulas Belanjawan 2019, Menteri Pendidikan menyifatkan bahawa kerajaan komited dengan isu pendidikan.

"Ini menunjukkan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kepada pendidikan dari seluruh kategori.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, dan kita berharap ini permulaan yang baik bagi masa depan negara," katanya.

Terdahulu, Belanjawan 2019 yang selesai dibentang Lim memperuntukkan keseluruhan RM259.85 bilion (82.61 peratus) untuk perbelanjaan operasi (tidak termasuk dana kontingensi).

Manakala RM54.7 bilion (17.39 peratus) akan dibelanjakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Lihat Komen
ADS