Suspek bom pos AS dijangka hadapi tuduhan di New York
GLOBAL Lelaki Florida berusia 56 tahun yang dituduh menghantar 15 bom paip kepada pengkritik Presiden Donald Trump bersetuju di mahkamah Miami untuk kesnya dipindahkan ke New York.
Cesar Sayoc, menghadapi lima pertuduhan dan hukuman maksimum 48 tahun penjara kerana didakwa menghantar bom itu kepada sasaran termasuk bekas Presiden Barack Obama, bekas setiausaha negara Hillary Clinton dan tokoh politik terkemuka dan CNN.
Sayoc bersetuju untuk dipindahkan ke New York untuk pendengaran tahanan di mana kes itu akan didakwa.
Bom yang dihantar dan pembunuhan 11 orang Yahudi di sebuah rumah ibadat Pittsburgh pada Sabtu lalu berlaku di tengah-tengah kempen politik yang panas. Dalam pilihan raya 6 November, pengundi akan menentukan keseimbangan kuasa di Kongres AS, yang kini dikuasai oleh Parti Republik Trump.
Sayoc, yang tinggal di sebuah van putih dengan imej politik menyokong Trump dan menghentam pengkritiknya, akan dipindahkan ke New York untuk berdepan dengan pendakwaan. Maklumat terperinci tentang bila dia akan dipindah tidak diketahui.
Sayoc menghadapi lima pertuduhan dan hukuman maksimum 48 tahun penjara. Pendakwa berkata sebelum pendengaran pada hari Jumaat, mungkin ada lagi tuduhan terhadapnya
Penyiasat juga berkata mereka mempunyai bukti bahawa Sayoc mula merancang serangannya pada Julai. Sayoc ditangkap Jumaat lepas di Fort Lauderdale.
Dalam komen kepada pemberita selepas pendengaran itu, pasukan peguam Sayoc mengatakan bahawa bukti kerajaan "tipis" dan bahawa kedua-dua DNA dan cap jari yang ditemui semasa penyiasatan, yang dikaitkan dengan Sayoc, tidak kukuh di mahkamah.
"Tiada dokumen kerajaan atau tuduhan pada ketika ini telah mengesahkan terdapat DNA," kata Jamie Benjamin, salah seorang peguam Sayoc.
Tiada siapa yang cedera, tetapi penyiasat FBI telah mengatakan bahawa sekurang-kurangnya beberapa bom paip itu boleh menyebabkan kemudaratan yang besar.
Tidak jelas bila dan bagaimana Sayoc akan dipindahkan.
[Baca berita penuh]
- Reuters`

