Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aktivis kecewa Bajet 2019 pinggirkan komuniti kurang upaya

BUJET 2019 | Aktivis kurang upaya Anthony Thanasayan kecewa kerana menurutnya Bajet 2019 telah meminggirkan masyarakat kurang upaya.

Mengatakan beliau "sangat kecewa", Anthony berkata bajet itu membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan melihat mereka sebagai kes "amal".

"[...] Mereka ingat orang kurang upaya sebagai kes amal dan bukan mempunyai hak sama rata. Kami sangat, sangat kecewa. Ini adalah salah satu bajet terburuk.

"Bajet ini tidak akan membantu kami mencari pekerjaan [...] ia lebih buruk daripada bajet pentadbiran sebelumnya (BN)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam ucapan Belanjawan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, golongan dengan keperluan khas disebut hanya sekali disebut apabila beliau menyenaraikan syarat-syarat untuk Bantuan Sara Hidup (BSH).

Anthony yang berkerusi roda berkata apa yang komuniti kurang upaya mahu ialah  elaun bulanan RM500.

"Wang itu akan membantu kita dalam pelbagai cara, seperti memulakan perniagaan," katanya.

Apa yang mengecewakannya, kata Anthony kerajaan Pakatan Haraapan tidak pernah berbincang dengan golongan itu dalam menyediakan Bajet 2019 walaupun terdapat gesaan supaya berbuat demikian.

"Biasanya kami dipanggil, tetapi kali ini tidak.

"Bagaimana anda akan mengetahui keperluan kami jika kita tidak duduk dan bertanya apa yang kita perlukan?" tegasnya.

Dia pernah menggesa timbalan menteri Hannah Yeoh, supaya mendapatkan maklumbalas dari komuniti kurang upaya sebelum pembentangan Bajet 2019.

{Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS