Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Subsidi petrol kereta mewah: Jangan haraplah, kata Guan Eng

BELANJAWAN 2019 | Mekanisme untuk memberikan subsidi bersasar untuk pemilik kenderaan terpilih sedang diusahakan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun Lim membayangkan hanya pemilik kenderaan tertentu saja yang akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan, manakala segmen lain perlu mendapatkan bahan bakar itu pada harga pasaran.

Kata anggota parlimen Bagan itu pada asalnya kerajaan mengehadkan subsidi 30sen itu kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah - atau turut dikenali sebagai B40 - saja.

Namun kata Lim kerajaan kemudian berpendapat ada keperluan untuk memperluaskan subsidi tersebut kepada kelompok yang leih besar.

"Oleh sebab itu kerajaan nak buat kajian macam mana (subsidi) ini dapat dilaksanakan.

"Tetapi saya nak tegaskan di sini bahawa, yang gunakan kereta mewah, jangan haraplah..." katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Lim mengumumkan pemilik kereta berkuasa 1,500cc dan motosikal 125cc dan ke bawah akan diberikan subsidi 30 sen, masing-masing untuk 100 liter dan 40 liter sebulan.

Dianggarkan seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta motosikal dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi bersasar berkenaan.

Bagaimanapun hanya sebuah kereta atau motosikal bagi seorang pengguna diberikan subsidi tersebut. 

 

 

[Baca berita penuh]

 

 

 

Lihat Komen
ADS