Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Subsidi minyak 30sen seliter untuk kereta, motosikal terpilih
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 5:00 PM
Dikemaskini: Nov 3, 2018 7:19 AM

BELANJAWAN 2019 | Seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi bersasar yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemilik kereta 1.5cc dan motosikal 125cc.

Katanya subsidi berkenaan ialah sebanyak 30sen terhadap 100 liter sebulan untuk kereta, dan 40 liter untuk motosikal.

"Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi melaksanakan skim itu kata Lim kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM2 bilion.

Lihat Komen
ADS