Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ada apa dengan Belanjawan 2019?
Diterbitkan:  Nov 3, 2018 4:29 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

INTERAKTIF | Selepas mendapat mandat untuk membentuk kerajaan, kini tiba masanya untuk Pakatan Harapan diuji dengan perancangan pengurusan negara melalui belanjawan pertama gabungan berkenaan.

Dibentangkan di Dewan Rakyat semalam ada banyak perkara yang menarik perhatian diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Antaranya pas pengangkutan awam "tanpa had" serta subsidi bersasar petrol, selain peningkatan kadar gaji minimum dan pelbagai kemudahan untuk pemilikan rumah pertama di kalangan kumpulan berpendapatan rendah.

Seperti dijangka beberapa cukai baru diperkenalkan termasuk untuk minuman bergula tinggi, yuran lesen perjudian dan caj perjalanan ke luar negara.

Bagaimana pula anda melihat Belanjawan 2019? Adakah ia berkesan untuk negara dan rakyat?

[Kongsikan pendapat anda mengenai 15 inisiatif dalam undian dalam talian Malaysiakini mengenai Belanjawan 2019 di sini.]

Menurut Lim belanjawan kali ini dirangka siapkan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat, mengukuhkan ekonomi negara dan mereformasi institusi awam bagi mengawal perbelanjaan kerajaan.

Dengan tema Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera belanjawan berkneaan menyediakan peruntukan RM314.55 bilion untuk 2019.

Daripada jumlah itu RM259.85 bilion ialah untuk perbelanjaan pengurusan manakala baki RM54.7 bilion lagi untuk pembangunan.

 

Lihat Komen
ADS