Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PTPTN: K'jaan kena bincang dengan peminjam cari jalan terbaik, kata senator

Kecewa dengan langkah yang diumumkan berhubung pembayaran hutang PTPTN, Senator Dewan Negara Yusmadi Yusoff berkata kerajaan sepatutnya melibatkan para peminjam dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung isu itu.

Beliau menyifatkan kerajaan menggunakan pendekatan sehala tanpa mengambil kira pandangan peminjam.

"Sekarang ini mereka seolah-olah hanya perlu dengar saja...Sedangkan mereka ini 'pemegang saham terbesar' dalam perubahan yang berlaku kepada negara.

"Mana boleh kita layan pemegang saham kita macam itu. Pemegang saham perlu dibawa bermesyuarat.

"Kerajaan tidak boleh mencari jawapan secara bersendirian tetapi secara bersama, dan ia bukan dengan cara bertembung dengan pelajar tetapi secara usaha sama," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan berhubung pemotongan gaji bulanan sebanyak dua hingga 15 peratus terhadap peminjam yang berpendapatan RM1,000 ke atas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata langkah itu terpaksa dilaksanakan bagi menjamin kelestarian dana PTPTN.

Ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14 yang berkata peminjam hanya perlu mula membayar selepas mendapat gaji bulanan sekurang-kurangnya RM4,000.

Yusmadi menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan itu.

“Betul mereka ada tanggungjawab untuk melunaskan hutang mereka, tetapi mereka tidak boleh dilayan seperti penghutang biasa," katanya.

Apa yang penting, katanya lagi, pendekatan yang diambil tidak membebankan atau mengecewakan peminjam di kalangan golongan muda dan mahasiswa.

"Kerajaan baru perlu merangka ekosistem yang lebih merangsang kreativiti pelajar dan graduan. Suasana ini tidak akan wujud dalam suasana yang membebankan," katanya lagi. 

Lihat Komen
ADS