Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak rayuan 16 ahli Umno mohon pembubaran parti

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan 16 anggota Umno yang sebelum ini memohon pembubaran Umno ekoran kegagalan membuat pemilihan peringkat cawangan dan bahagian mengikut masa yang ditetapkan.

Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid yang mengetuai panel tiga hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang dipohon mereka, diketuai Ketua Cawangan Seri Merpati Pandan Indah Salihudin Ahmad Khalid.

Pada 20 April lalu, mereka memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membenarkan lanjutan bagi membolehkan cawangan dan bahagian Umno menangguhkan pemilihan parti selepas PRU ke-14.

Badariah berkata panel hakim bersetuju bahawa keputusan kes Semenyih Jaya Sdn Bhd dan M Indira Gandhi berhubung kedudukan klausa penyingkiran tidak terpakai dalam kes itu.

"Fakta dan keadaan berbeza dan kami menolak permohonan ini," katanya.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel adalah Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Zabariah Yusoff.

Pada 26 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman itu berdasarkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang menyatakan anggota parti tidak boleh membawa pertikaian melibatkan parti ke mahkamah.

[Baca berita asal] 

Lihat Komen
ADS