Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kakitangan awam beragama Hindu diberi cuti tambahan
Diterbitkan:  Nov 5, 2018 3:31 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Kakitangan awam yang beragama Hindu diberikan cuti tanpa rekod selama satu hari sebagai tambahan kepada cuti umum sempena perayaan Deepavali mulai tahun ini.

Berita baik itu disampaikan melalui pekeliling rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah hari ini.

Beliau berkata bagi tahun ini, 7 Nov (Rabu) ditetapkan sebagai hari cuti yang tidak direkodkan.

"Kemudahan cuti tanpa rekod ini berkuat kuasa mulai tahun 2018 bagi memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga .

"Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, surat edaran ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam negeri, Badan Berkanun (persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," jelas surat berkenaan.

Kecuali Sarawak, Deepavali diisytiharkan sebagai cuti umum di semua negeri di Malaysia.

Tahun ini juga merupakan kali pertama kerajaan memberikan cuti tambahan kepada penganut Hindu dalam perkhidmatan awam yang menyambut festival cahaya itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS