Jenazah Moorthy selamat dikebumi
Jenazah wira Gunung Everest, M. Moorthy dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Danau Kota di ibu negara setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tidak ada kuasa untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah.
Jenazah beliau dikeluarkan dari milik mayat Hospital Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang tadi dengan kawalan ketat pasukan polis.
Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Raus Sharif menolak permohonan isteri simati yang mendakwa Moorthy beragama Hindu dan tidak pernah memeluk Islam.
Raus dalam hujahnya berkata, mahkamah sivil tidak menpunyai kuasa untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah Khamis lalu yang memutuskan tertuduh beragama Islam..
Sementara itu, A. Sivanesan peguam kepada Kaliammal berkata, beliau memfailkan rayuan itu setelah diarahkan supaya berbuat demikian.
."Kami pelik mengapa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak mengemukakan sebarang bukti pengislaman Moorthy di mahkamah tinggi.
"Malah catatan pengislaman Moorthy yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia berbeza dengan sijil pendaftaran dan afidavit di Mahkamah Tinggi," katanya.
Beliau berkata, Mohd Raus berkata tidak ada alternatif dalam kes itu tetapi berdasarkan kes terdahulu memang ada jalan keluar untuk berbuat demikian.