Bajet 2019 cermin komitmen M'sia pastikan persekitaran perniagaan yang kondusif
ULASAN “Insentif baru dan lanjutan yang telah diumumkan di bawah Bajet 2019 mencerminkan komitmen Malaysia dalam memastikan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur-pelabur tempatan dan asing di sebalik cabaran global. Sebagai agensi promosi pelaburan utama negara,
MIDA mengalu-alukan kajian holistik untuk menilai semula 130 insentif pelaburan sedia ada di bawah ruang lingkup 32 Agensi Promosi Pelaburan. Ini seiring dengan advokasi berterusan kami untuk insentif yang disasarkan, berasaskan masa dan relevan dengan kemajuan dalam teknologi dan inovasi.
Kajian semula ini adalah tepat pada masanya bagi memastikan penggunaan optimum sumber negara, ˮ kata , Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.
“MIDA telah menubuhkan Portal i-Insentif di bawah Bahagian Pejabat Penyeragaman dan Penyelarasan Insentif (ICCO). Platform ini akan memberi manfaat dalam membantu inisiatif penilaian semula ini memandangkan portal tersebut merupakan pusat sehenti yang menampilkan maklumat mengenai semua insentif yang ada di negara ini. Kami dengan sukacitanya ingin berkongsi maklumat daripada ICCO dan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk penilaian semula ini,ˮ tambah Dato’ Azman.
Bagi sektor pembuatan, syarikat perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme cukai dan insentif, inisiatif untuk menggalakkan penggunaan Industri 4.0, kemudahan untuk pengeluaran plastik mesra alam berdasarkan bio-resin dan bio-polymer, insentif untuk PKS serta fasilitasi aktiviti logistik dan pengangkutan. MIDA telah menggalakkan penggunaan Industri 4.0 di kalangan pemain industri kerana ia akan memberi lonjakan yang diperlukan untuk meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat dunia.
“Salah satu kemudahan yang disediakan MIDA ialah Elaun Modal Automasi (ACA) yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan segera automasi, terutamanya dalam industri berintensifkan buruh. Kami juga menggalakkan kolaborasi industry-akademik dan aktiviti R&D yang lebih tinggi aktiviti untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
"Dengan tumpuan meluas kepada Industri 4.0 dalam Bajet 2019 dan pelancaran Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 yang dikenali sebagai Industry4WRD, kami menjangkakan lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi akan direalisasikan di Malaysia.
"Di bawah Dana Impak Tinggi MIDA, iaitu Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) dalam bentuk geran padanan bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti R&D, pensijilan antarabangsa dan piawaian serta pemodenan kemudahan dan peralatan.
MIDA setakat ini telah meluluskan 308 projek dengan pelaburan sebanyak RM14.7 bilion, dengan nilai geran yang diluluskan sebanyak RM1.51 bilion. Kami juga percaya bahawa potongan cukai berganda bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan Skim Latihan Dual Nasional untuk Industri 4.0 dan program berkaitan lain yang diluluskan oleh MIDA akan mendorong lebih banyak syarikat untuk melatih atau menaik taraf tenaga kerja mereka dalam aktiviti Industri 4.0, " kata KPE MIDA.
Bagi sektor perkhidmatan, terdapat pengenalan baru dan semakan insentif untuk hab prinsipal, teknologi hijau, pelancongan dan pelancongan kesihatan, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi dan penggunaan perkhidmatan pembekal tempatan.
Sila klik sini untuk Insentif Sektor Perkhidmatan (Bajet 2019)
http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/Bajet%202019.pdf
“Meskipun syarikat-syarikat Hab Prinsipal (PH) yang memohon untuk lanjutan kini tertakluk kepada kadar cukai, kajian semula ini akan membolehkan lebih banyak syarikat mendapat manfaat daripada insentif tersebut, contohnya syarikat yang mempunyai pendapatan bernilai tambah yang lebih rendah.
Dalam jangka panjang, kami percaya bahawa skim yang disemak semula ini akan meningkatkan prestasi pelaburan sektor perkhidmatan kerana pelaburan PH merupakan penyumbang terbesar kepada keseluruhan pelaburan langsung asing di Malaysia dalam sektor perkhidmatan di bawah bidang kuasa MIDA,ˮ tegas Dato’ Azman.
Mengenai langkah berani dalam menyokong perkembangan teknologi baru, Dato’ Azman berkata, “Di bawah Strategi ke 9 Bajet 2019, MIDA teruja dengan prospek sumber pembiayaan alternatif termasuk memperkemaskan dana modal teroka yang diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan dan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi menubuhkan Co-Investment Fund (CIF) untuk melabur bersama pihak swasta melalui ekuiti penjanaan dana masyarakat dan peer-to-peer financing.
MIDA berharap untuk bekerjasama dengan entiti-entiti ini untuk membawa syarikat Malaysia yang mempunyai kekangan kewangan tetapi berpotensi tinggi dalam bidang teknologi baru.ˮ
Berdasarkan kedudukan fiskal yang lebih realistik dan boleh dicapai di bawah Bajet 2019 dan ditambah dengan dasar yang jelas untuk pelabur, tahun-tahun hadapan dijangka lebih positif terutamanya dengan adanya banyak inisiatif bagi membentuk ekonomi yang lebih dinamik untuk Malaysia.
Perihal MIDA
MIDA adalah agensi promosi utama kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mengawasi dan memacu pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Bermula pada tahun 1967 dengan 37 kakitangan yang agak kecil, MIDA telah berkembang menjadi organisasi yang kuat dan dinamik dengan lebih daripada 700 pekerja. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA hari ini mempunyai 12 pejabat serantau dan 20 pejabat luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mida.gov.my dan ikuti kami di Twitter, Instagram dan Facebook, @OfficialMIDA.
Nota editor - Sumber: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ms Choo Wai Meng
pengarah eksekutif perancangan strategik (perkilangan), MIDA
Tel: 03-2267 3434 Emel: wmchoo@mida.gov.my dan Ms Lim Bee Vian, pengarah eksekutif perancangan strategik
(perkhidmatan), MIDA: Tel: 03-2267 6677
Emel: bvlim@mida.gov.my
-Bernama

