Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pecah bumbung tandas, 3 pelajar perempuan lari dari Asrama Akhlak

Tiga pelajar perempuan dari Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu dilapor melarikan diri dari asrama itu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi dan disedari pembantu kebajikan masyarakat selepas menerima aduan daripada penghuni lain pada pukul 1.17 pagi.

"Semasa kejadian, pengadu bersama seorang lagi rakannya menerima aduan daripada penghuni lain yang memaklumkan terdapat tujuh penghuni telah melarikan diri dengan memecahkan siling bumbung tandas asrama berkenaan.

"Selepas membuat pemeriksaan, pengadu menemui semula empat penghuni itu berhampiran asrama manakala tiga lagi penghuni yang semuanya berumur 16 tahun masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata mereka dipercayai meloloskan diri melalui laluan pagar dawai berduri di asrama itu berikutan terdapat kesan kerosakan pagar berkenaan.

Beliau berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Sekyen 224 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS