Ketua Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon berkata adalah "sangat menyedihkan" melihat dua bekas pekerjanya secara "terang-terangan melanggar undang-undang" dalam urusan mereka dengan firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB.

Pendakwa raya Amerika Syarikat memfailkan tuduhan jenayah terhadap dua bekas juru bank Goldman dan seorang tokoh kewangan Malaysia atas dakwaan kecurian berbilion ringgit daripada dana itu.

"Adalah jelas sangat menyedihkan untuk melihat dua bekas juru bank Goldman Sachs secara terang-terangan tidak menghiraukan dasar syarikat dan secara melanggar undang-undang," kata Solomon dalam temu bual dengan Bloomberg TV di Singapura.

"Saya merasa amat gerun tentang hakikat bahawa terdapat orang yang bekerja di Goldman Sachs, dan tidak kira sama ada mereka rakan kongsi atau pekerja yang baru, sanggup mengketepikan dasar kami dan melanggar undang-undang," kata Solomon.

- Reuters