Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Pulangkan AS$588 juta yang 1MDB bayar Goldman Sachs’
Diterbitkan:  Nov 7, 2018 10:10 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu Goldman Sachs memulangkan AS$588 juta yang diterimanya daripada firma pelaburan negara, 1MDB,

Jumlah itu adalah sebagai yuran yang dibayar oleh 1MDB kepada Goldman, untuk menerbitkan bon sebanyak AS$6.5 bilion pada tahun 2012 dan 2013.

"Mereka mesti bayar balik kita (Malaysia) wang ini, bukan sahaja AS$ 588 juta tetapi lebih daripada itu," kata Lim yang dipetik oleh portal Malay Mail hari ini.

Lim mengulas kenyataan Ketua Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon hari ini yang berkata adalah "sangat menyedihkan" melihat dua bekas pekerjanya secara "terang-terangan melanggar undang-undang" dalam urusan mereka dengan 1MDB.

Minggu lalu, bekas eksekutif Goldman, Tim Leissner dan Roger Ng, dikenakan pelbagai tuduhan jenayah berkaitan dengan skandal 1MDB.

Juga didakwa tanpa kehadirannya adalah ahli perniagaan yang menjadi buruan iaitu Jho Low.

Mengikut pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, tiga dakwaan jenayah di mahkamah persekutuan di New York itu adalah berhubung komplot Low dan Ng untuk mengubah berbilion dolar yang diseleweng dari 1MDB dan bersubahat merasuah beberapa pegawai Malaysia dan Abu Dhabi.

Lihat Komen
ADS