Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM terima anugerah pencapaian sepanjang hayat dari institut Thailand

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembinaan Bangsa (Sektor Awam) oleh Institut Bina Bangsa (NBI) Thailand.

Anugerah itu diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bagi pihak perdana menteri yang disampaikan bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun, pada malam gala yang diadakan pada penghujung Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pembinaan Bangsa, di Bangkok malam ini.

Dr Mahathir kini dalam lawatan rasmi di Jepun.

“Saya berbesar hati untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Sektor Awam ini bagi pihak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Zuraida dalam ucapannya selepas menerima anugerah berprestij itu.

Beliau berkata, perdana menteri menyuarakan rasa kesal kerana tidak dapat hadir sendiri untuk menerima anugerah itu malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Dr Mahathir menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas pengurniaan anugerah ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS