GLOBAL Presiden Donald Trump pada hari Rabu memaksa Peguam Negara Jeff Sessions berhenti sehari selepas pilihan raya kongres dan berikrar untuk melawan jika dewan perwakilan AS yang dikuasai Demokratik melancarkan siasatan terhadap pentadbirannya.

Sessions dalam surat kepada Trump berkata dia telah menyerahkan peletakan jawatannya "atas permintaan anda".

Bekas senator AS berusia 71 tahun itu dimaklumkan pada pagi Rabu oleh Ketua Staf Rumah Putih John Kelly melalui panggilan telefon bahawa sudah masanya untuk dia berhenti, kata seorang pembantu yang tidak mahu namanya disiarkan.

Penamatan khidmat Session adalah yang pertama dalam apa yang boleh menjadi satu siri pemberhentian berprofil tinggi apabila Trump membentuk semula pasukannya sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya pada 2020. Presiden Republican itu menamakan ketua staf Sessions, Matthew Whitaker, sebagai pemangku AG dan berkata beliau akan mencalonkan seseorang untuk jawatan itu tidak lama lagi.

Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein melawat Rumah Putih pada petang Rabu dalam apa yang dilihat sebagai mesyuarat biasa.

Nancy Pelosi, pemimpin Demokratik di Dewan mungkin menjadi speaker seterusnya, menyifatkan pemberhentian Sessions sebagai satu "cubaan terang-terangan" bagi melemahkan siasatan terhadap dakwaan campurtangan Rusia dalam pilihan raya AS dan menggesa Whitaker untuk menarik dari daripada sebarang penglibatan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

Mengenai kemenangan Demokrat dalam pilihan raya Selasa lalu Trump memberi amaran tentang "perang" di Washington jika Demokrat menyiasatnya.

Demokrat kini akan mengetuai jawatankuasa Dewan yang boleh menyiasat mengenai cukai Presiden, yang dia enggan serahkan sejak menjadi calon, kemungkinan berlaku konflik perniagaan dan sebarang kaitan antara kempen pilihan raya 2016 dengan Rusia, yang sedang disiasat oleh peguam khs AS Robert Mueller.

Mueller diselia oleh Rosenstein, yang bertanggungjaawab kepada Sessions. [Baca berita penuh]

Reuters