Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Biar KDNK tak naik, asal pendapatan rakyat meningkat'
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 2:27 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

Belanjawan 2019 yang memberikan perhatian terhadap 40 peratus golongan berpendapatan terendah (B40) dapat “memecut” ekonomi negara dari bawah, kata Dr Mohd Zulkufli Zakaria.

Pegawai dasar ekonomi dan korporat menteri besar Selangor mengambil contoh bagaimana China menjaga kebajikan rakyatnya sepanjang sepuluh tahun sehingga 2016.

“Contohnya di China, dari tahun 2006 ke 2016, (walaupun) KDNK-nya tidak meningkat naik, tetapi pendapatan rakyatnya meningkat dua kali ganda.

“Kita tidak, ekonomi terumbang-ambing, pendapatan rakyat semakin menurun,” tambahnya lagi dalam dialog Belanjawan 2019 di Shah Alam semalam.

Pandangan serupa dikongsi oleh panel yang merupakan mantan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Hadzir Md Zain.

Katanya, belanjawan kali ini tidak seperti tahun ini yang yang disifatkannya “pro golongan berada”, meminjam istilah ahli ekonomi terkenal Dr Muhammed Abdul Khalid.

“[...] Seperti juga subsidi bersasar, ia bagi saya lebih baik daripada subsidi umum yang lebih menguntungkan orang kaya seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, bantuan terhadap golongan B40 perlulah dilihat secara lebih menyeluruh bagi mengeluarkan mereka daripada terus menjadi penerima subsidi.

Turut hadir dalam dialog itu ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon serta Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Dalam belanjawan 2019, golongan B40 antaranya akan diberikan insurans percuma sakit kritikal, pelbagai faedah dan inisiatif kepada pemilik rumah pertama, peningkatan subsidi elektrik dua kali ganda, bantuan tunai berstruktur dan subsidi petrol.

Lihat Komen
ADS