Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sekutu Jho Low, Roger Ng setuju pulangkan AS$29 j
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 5:07 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Bekas eksekutif bank Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan kira-kira S$40 juta (AS$29 juta) kepada pihak berkuasa Singapura.

Memetik sumber, Bloomberg berkata akan memulangkan dana itu ke Malaysia.

Dana itu sedang dibekukan di republik itu.

Terdahulu, Singapura pada September telah memulangkan sejumlah S$15.3 juta (RM46.075 juta) dana berkaitan 1MDB dan SRC International.

Sementara itu, laporan Bloomberg yang sama juga berkata Ng dilaporkan sedang mencabar perintah ekstradisi ke Amerika Syarikat yang mana beliau berhadapan pertuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas laporan ini.

Ng ditahan polis Malaysia minggu lalu.

Dia dituduh tanpa kehadirannya di mahkamah AS minggu lalu, bersama rakan bekas eksekutif Goldman, Tim Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.

Sebelum ini, Ng merupakan kakitangan Goldman Sachs di Asia Tenggara.

Menurut kenyataan, tiga pertuduhan jenayah di mahkamah persekutuan di New York menyebut Lom dan Ng bersubahat mengubah berbilion dolar wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan berkonspirasi untuk melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pihak berkuasa Malaysia dan Abu Dhabi.

Lihat Komen
ADS