Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anggota polis ditahan bantu siasatan kes cederakan wanita
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 9:03 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan mencederakan dan mengugut seorang wanita rakyat asing, Disember tahun lalu, seperti ditular dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Mohd Khalil Kader Mohd, berkata anggota berkenaan yang berkhidmat di salah sebuah balai di bandar raya ini ditahan semalam bagi membantu siasatan​​​​​​​ mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

"Tular di laman Facebook berkaitan seorang wanita warganegara asing mendakwa bahawa pada Disember 2017 telah dicederakan sehingga mengalami kecederaan pada kedua-dua lututnya serta diugut akan ditangkap jika melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Mohd Khalil berkata wanita itu telah berjaya dihubungi melalui laman sosial Facebook dan dia kini berada di luar negara.

Beliau berkata usaha sedang diambil dengan kerjasama pihak Interpol bagi merakam percakapan mangsa mengenai kesahihan kejadian dan dakwaan yang ditularkan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi terus talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Hoo Yee Fung di talian 017-4785068.

- Bernama

Lihat Komen
ADS