Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Poh Kong lancar token hargai Dr M
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 9:37 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Poh Kong Jewellers Sdn Bhd, rangkaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, hari ini melancarkan token patriotisme ‘Gold Note of Hope’ sebagai penghargaan kepada pemimpin terulung negara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berharga pada RM160 sekeping, Gold Note of Hope dijangka menjadi item koleksi khas tempatan yang menandakan saat penting bagi Malaysia.

Token itu dijual di semua outlet Poh Kong bermula hari ini.

Dr Mahathir melancarkan token itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Kepingan emas 999.9 itu menampilkan potret bertandatangan Dr Mahathir, Jalur Gemilang serta beberapa infrastruktur ikon negara dan bunga kebangsaan bunga raya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Poh Kong dan Pengarah Urusan kumpulan Choon Yee Seiong berkata sebanyak RM30 daripada setiap pembelian token tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Harapan.

“Poh Kong komited untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 juta menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Mahathir yang memuji inisiatif Poh Kong untuk menyumbang sebahagian perolehan kepada Tabung Harapan, berharap inisiatif berkenaan akan dicontohi syarikat lain untuk turut tampil dan menyumbang kepada negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS