Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tesis Stephen Hawking dan kerusi roda dijual RM4.8 juta
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 10:19 AM
Dikemaskini: 2:19 AM

Kerusi roda bermotor yang digunakan oleh ahli fizik British Stephen Hawking dijual pada hari Khamis pada nilai hampir £300,000 pound (RM1.635 juta) untuk tujuan amal.

Terkenal kerana karyanya menerokai asal-usul alam semesta, Hawking meninggal  dunia pada bulan Mac pada usia 76 tahun setelah menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan penyakit neuron motor.

Antara barang-barangnya termasuk esai, pingat, anugerah dan satu salinan bukunya "Brief History of Time" yang ditandatangani dengan cap jari, dijual melalui talian semalam, bersama surat dan manuskerip milik Isaac Newton, Charles Darwin dan Albert Einstein.

Disertasi 117 halaman Hawking "Sifat-sifat dunia yang berkembang" dari tahun 1965 dijual dengan harga £584,750 (RM3.187 juta), jauh lebih tinggi daripada anggaran sehingga £150,000.

Pingat dan anugerah dijual dengan harga £296,750, berbanding dengan anggaran £15,000, sementara kerusi roda merah bermotor dijual dengan harga £296,750, juga dibandingkan dengan anggaran £15,000.

Rumah lelongan Christie telah menjalankan sembilan hari lelongan dalam talian yang disebut "On the Shoulders of Giants" untuk mendapatkan dana untuk Yayasan Stephen Hawking dan Persatuan Penyakit Neuron Motor.

Ia juga menawarkan peminat ahli fizik itu, yang dikenali menggunakan voice synthesiser, peluang unuk membeli beberapa harta miliknya.

"Stephen Hawking adalah personaliti besar di seluruh dunia. Dia memiliki kemampuan untuk berhubung dengan orang ramai," kata Thomas Venning, Ketua Jabatan Buku dan Manuskrip Christie London, kepada Reuters menjelang acara lelongan itu.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS