Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Datuk Seri berprofil tinggi kini di bawah kanta SPRM
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 12:21 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Seorang anggota parlimen (MP) dipercayai memungut habuan berjuta-juta ringgit hasil 'komisyen' daripada beberapa projek kerajaan BN.

Suspek yang dianggap berprofil tinggi itu dikatakan tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan namun memperoleh laba yang sangat besar atas peranannya menjadi orang tengah.

Memetik sumber dalaman NST melaporkan SPRM kini diperingkat akhir siasatan berhubung kes itu yang melibatkan projek bernilai lebih RM3 bilion.

Lapor akhbar itu SPRM sedang meneliti 10 projek di bawah Kementerian Kewang yang dicurigai.

MP terbabit - didakwa bergelar Datuk Seri - memperoleh habuan di antara lapan dan 10 peratus bagi setiap projek yang dibantunya. Projek terbabit, kata sumber, dijalankan di antara 2015 sehingga sebelum PRU ke-14 berlangsung.

Untuk rekod semasa kejadian itu berlaku Kementerian Kewangan diketuai Najib Razak. Lapor NST, dipercayai kedatangan Najib ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam ada kaitan dengan siasatan kes itu.

Najib menghabiskan masa kira-kira empat jam di agensi penguatkuasaan antirasuah berkenaan.

Antara projek yang sedang diteliti lapor NST melibatan Lebuh Raya Pantai Barat yang melibatkan jajaran sejauh 316km selain pemerolehan ambulans untuk Kementerian Kesihatan pada tahun lalu.

Difahamkan kenderaan terbabit dibeli pada harga lebih RM100 juta.

Akhbar itu juga melaporkan penyiasat sedang melihat kemungkinan berlaku rasuah dalam pembinaan beberapa jalan raya termasuk di Pelabuhan Kelang, Sik di Kedah serta beberapa kawasan lain di pantai timur.

"Difahamkan beberapa projek yang disiasat SPRM dalam kes ini dijalankan kontraktor-kontraktor dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dulu," kata laporan berkenaan.

Lihat Komen
ADS