Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Siti Hasmah lancar kedai buku pertama beroperasi 24 jam

Isteri Perdana Menteri, Dr Siti Hasmah Ali merasmikan pembukaan cawangan terbaru kedai buku BookXcess di Tamarind Square di Cyberjaya yang merupakan kedai buku pertama beroperasi selama 24 jam di negara ini.

Cawangan ketujuh BookXcess yang mula dibuka sejak Mei lalu itu merupakan kedai buku terbesar seumpamanya di Malaysia.

Pengasas BookXcess, Jacqualine Ng berkata, misi pihaknya adalah untuk menggalakkan minat membaca di kalangan rakyat.

Majlis pembukaan itu turut dimeriahkan dengan majlis perasmian kempen kebajikan sempena Krismas yang menggalakkan pelanggan menderma buku kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Buku mampu mencipta pelbagai kemungkinan dan memberi galakan kepada pembaca supaya berani bermimpi dan mengejarnya.

“Buku mampu mengubah hidup seseorang dan kami berharap melalui kempen kebajikan ini lebih ramai golongan kurang bernasib baik akan mendapat manfaat daripada membaca,” katanya.

Tahun ini, 12 rumah anak yatim sekitar Lembah Klang telah dipilih untuk menerima sumbangan bukui.

Pelanggan yang mahu menyumbang dalam kempen kebajikan tersebut boleh pergi ke mana-mana cawangam BookXcess: di Amcorp Mall, the Starling Mall, fahrenheit88, 1Utama, SS15 Courtyard, Centro Mall Klang dan Tamarind Square.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Emkay Kamal Abu Bakar dan Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad Ahmad Khalif Mustapha Kamal.

Lihat Komen
ADS