Global Malaysiakini

Kian ramai remaja ketagih minum air tuala wanita

Diterbitkan  |  Dikemaskini

GLOBAL | Ada kegilaan baru dikesan di kalangan remaja yang mencari kepuasan di Jakarta dan bandar sekitarnya ketika ini.

Dengan matlamat mahukan nikmat mabuk atau khayal mereka tidak lagi memilih arak atau dadah, sebaliknya tuala wanita.

Caranya menurut laporan Tempo mereka merebus produk untuk alat sulit wanita itu dan meminum airnya.

Menurut Tempo penagih air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang.

Memetik kenyataan pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia Sitty Hikmawatty portal itu melaporkan 'idea' mencari kepuasan daripada air rebusan tuala wanita itu berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja.

Hasil penemuan kesan air itulah katanya maka ia merebak kepada remaja lain.

"Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira," katanya.

Awal tahun ini penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sempat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baru remaja terbabit.

Namun bukan isu mabuk saja yang dibimbangi pihak berkuasa.

Dipercayai air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke badan.