Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maszlee setuju letak jawatan presiden UIA
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 4:49 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Menteri Pendidikan Maszlee Malik bersetuju meletakkan jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menurut sumber.

Sumber itu mengesahkan laporan sebuah portal yang melaporkan beliau dalam proses melantik pengganti dan mendapatkan persetujuan perdana menteri dan perkenan Ketua Perlembagaan UIA Sultan Ahmad Shah.

Kabinet dilaporkan bersetuju dengan bantahan aktivis pelajar terhadap pelantikan Maszlee kerana bimbangkan kebebasan universiti dikekang oleh kuasa politik.

Memetik kenyataan pejabatnya, FMT melaporkan Maszlee terpaksa menangguhkan pengundurannya sehingga tamat istiadat konvokesyen empat hari yang bermula esok.

“Ia (universiti) masih perlu presiden, dan selepas proses konvokesyen, proses penggantian akan mengambil tempat,” seorang pembantunya dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS