Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak petisyen PKR di Pensiangan
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 10:34 PM
Dikemaskini: 2:34 PM

Kerusi Parlimen Pensiangan kekal milik Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon PKR Raymond Ahuar.

Hakim Ravinthran Paramaguru memerintahkan Raymond membayar kos RM15,000 kepada Arthur Kurup, anak kepada Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup, yang mengalahkan Raymond pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Raymond memfailkan petisyen pilihan raya berkenaan pada 18 Jun lalu selepas beliau kalah kepada Arthur dalam PRU14.

Raymond diwakili peguam Datuk Alex Decena dan Faezah Abby Ibnu manakala Arthur diwakili Datuk Lawrence Thien.

Pada PRU14 lalu, Raymond memperoleh 9,469 undi namun tewas kepada Arthur dengan undi majoriti sebanyak 2,314 undi.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS