Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tony Pua: Skim rumah P2P ada risiko, tapi perlu inovasi

Kaedah pemilikan kediaman rumah melalui skim pembiayaan pelabur kepada pembeli (P2P) sebagaimana yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 merupakan sebahagian inovasi Kementerian Kewangan bagi menghadapi isu-isu kewangan dalam negara, kata Tony Pua hari ini.

Pua yang berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengakui skim itu menyebabkan beberapa risiko.

Bagaimanapun, menurutnya skim tersebut juga menawarkan pilihan terhadap kaedah pembelian rumah sekarang dan akan membolehkan ramai orang awam memiliki rumah.

"Kami mahu menjadi kreatif, kami mahu menjadi inovatif dan kami tahu tidak semua idea datangnya daripada kementerian semata-mata," katanya pada forum berjudul Doing Business in The New Malaysia di Kuala Lumpur malam ini.

Pua juga berkata sebarang risiko skim pembiayaan kediaman P@P akan dikurangkan kerana Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah ditugaskan untuk merangka peraturan ketat bagi melindungi pembeli dan pelabur.

Ini termasuk menghadkan skim tersebut terhadap rumah mampu milik, pembeli rumah kali pertama dan mengekalkannya sebagai projek perintis, jelasnya.

MP Damansara juga berkata sesiapa yang menawarkan untuk memudahkan skim sedemikian juga perlu mempunyai modal tertentu sekiranya berlaku kegagalan.

Walaupun skim ini telah dicadangkan oleh firma swasta EdgeProp Sdn Bhd, namun Pua menjelaskan semua pihak dialu-alukan untuk memohon skim ini, sekiranya mereka mematuhi garis panduan SC.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS