Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar dapat anugerah WCEF: Pejuang lain lebih layak

Pemimpin tertinggi PKR Anwar Ibrahim menerima anugerah tahunan paling ulung Benevolent Leadership Award daripada World Chinese Economic Forum (WCEF) hari ini.

Ketika menerima penghormatan itu, Anwar dengan rendah hati berkata jika dibandingkan dengan MP Iskandar Puteri Lim Kit Siang, beliau tidak layak mendapat anugerah berkenaan.

Anwar menjelaskan Lim giat berjuang di luar penjara bagi mencapai hasrat Malaysia baru. Pemimpin veteran DAP yang turut hadir majlis yang sama itu pula menerima anugerah Outstanding Lifetime Achievement Award daripada WCEF.

"Sejujurnya saya fikir saya tidak layak (untuk anugerah ini) kerana sahabat saya Lim Kit Siang bekerja keras, manakala saya berehat di dalam penjara," kata Anwar kepada 500 delegasi yang hadir majlis makan malam gala WCEF di Selangor.

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson berkata berkongsi anugerah itu dengan semua rakyat Malaysia.

"Kami telah memutuskan bahawasanya kami rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India menolak perkauman dan rasuah serta inilah masanya untuk membina Malaysia baru," katanya.

Terdahulu, Pengerusi MCEF Michael Yeoh berkata Anwar diberikan penghormatan itu kerana perjuangannya untuk keadilan.

"Walaupun dua kali dipenjarakan, beliau tidak berdendam dengan pihak yang memenjarakannya. Sifat pemaaf itu membolehkan beliau bekerjasama rapat dengan Dr Mahathir (Mohamad) pada pilihan raya umum ke-14, yang menyebabkan kemenangan Pakatan Harapan yang bersejarah ini.

"WCEF tabik kepada Anwar kerana menyokong dan dapat merasai keadaan masyarakat Cina Malaysia dengan frasa yang sering digunakannya, 'kita semua adalah keluarga', tetapi dalam konteksnya kita bersama sebagai bangsa Malaysia untuk Malaysia yang baru," katanya.

WCEF, sebuah platform yang diwujudkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) untuk meningkatkan jalinan persahabatan dan hubungan perniagaan antara China dan Asia Tenggara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS