Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan akan tunai janji - Dr Mahathir
Diterbitkan:  Nov 10, 2018 7:01 AM
Dikemaskini: 11:05 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Perdana Menteri berkata beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka.

Katanya kejayaan empat parti pembangkang ketika itu menukar kerajaan memerintah selama 61 tahun merupakan kejayaan rakyat.

"Saya percaya kita akan dapat menunaikan semua janji kita antaranya menyelamatkan negara," katanya dalam ucapan pada majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau, di Rembau malam tadiang turut dihadiri Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Wathya Moorthy serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Parti Bersatu Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim, Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan barisan Exco kerajaan Negeri Sembilan serta kira-kira 7,000 hadirin daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutuan selepas menewaskan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Dr Mahathir dan Siti Hasmah yang tiba 8.30 malam di Rembau mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Viviekananda, di Rembau.

Ini merupakan kunjungan kedua Dr Mahathir ke Negeri Sembilan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu. Kali pertama beliau ke negeri ini ialah pada 8 Okt lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS