Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pindaan AUKU: Kabinet beri lampu hijau
Diterbitkan:  Nov 10, 2018 7:12 AM
Dikemaskini: Nov 10, 2018 1:37 AM

Kementerian Pendidikan berkata ia
dijangka akan membentangkan beberapa rang undang-undang (RUU) di Dewan Rakyat untuk meminda undang-undang yang melibatkan institusi pengajian tinggi bulan depan.

Menteri Pelajaran Maszlee Malik berkata kabinet telah memberi lampu hijau dan pindaan-pindaan itu melibatkan pemansuhan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik dikampus

Tiga undang-undang yang akan dipinda ialah:

- Seksyen 15 (2) (c) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

- Seksyen 47 (2) (c) Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996; dan,

- Seksyen 10 (2) (c) Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

"Langkah ini selari dengan transformasi politik yang dibawa oleh kerajaan dalam mengukuhkan institusi demokrasi

"Terutamanya dalam memberi lebih ruang kepada pelajar universiti untuk bersuara dan terlibat dengan aktiviti politik di kampus selain menghasilkan graduan yang seimbang dan berupaya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu semasa," katanya.

Bagaimanapun, manifesto pilihan raya Pakatan Harapan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Namun, ini tidak ditangani dalam kenyataan Maszlee itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS