Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes keganasan, polis Australia cari hartanah di Melbourne
Diterbitkan:  Nov 10, 2018 10:04 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

GLOBAL Penyiasat pencegahan keganasan Australia sedang mengesan dua hartanah di Melbourne pada hari Sabtu pagi, sehari selepas seorang lelaki terbunuh di bandaraya iu dalam apa yang pihak berkuasa syaki sebagai satu serangan pengganas.

Polis mengenal pasti penyerang itu sebagai Hassan Khalif Shire Ali , 30 tahun, dan mengatakan bahawa abangnya ditangkap tahun lalu atas dakwaan merancang serangan di Melbourne. Mereka sebelum ini berkata dia berusia 31 tahun.

Shire Ali telah membakar sebuah trak pikap yang memuatkan silender gas di pusat bandaraya Melbourne pada hari Jumaat dan menikam tiga orang, seorang daripdanya maut, sebelum dia ditembak polis.

"Penyiasat Pasukan Mencegah Keganasan mendapat waran geledah di dua alamat di Werribee dan Meadows Heights pagi ini," kata polis Victoria dalam satu kenyataan.

"Maklumat lanjut akan diberikan apabila sesuai untuk berbuat demikian."

Sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton berkata dalam satu temu bual televisyen berkata Shire Ali dikenali pihak berkuasa kerana abangnya pernah terbabit dalam kesalahan jenayah mencuri an dadah.

"Dia sememangnya seorang yang dikenali pihak berkuasa dan pihak persekutuan berhubung dengan pencegahan keganasan dan perkara berkaitan keganasan," katanya dalam program Sunrise 7.

"Dia adalah saudara lelaki seorang pesalah atau suspek yang kami tangkap lewat tahun lalu berhubung dengan penyediaan untuk melakukan keganasan."

Abangnya ditangkap dalam serbuan dramatik November lepas. Ketika itu polis berkata, mereka percayai dia bersimpati dengan IS dan merancang serangan di Central Federation Square Melbourne di ambang Tahun Baru pada 2017. Dia ditahan di penjara semenatara menunggu perbicaraan.

IS mendakwa bertanggungjawab untuk serangan hari Jumaat itu, tetapi ia tidak boleh disahkan dan polis belum mengulas lagi mengenainya.

Serangan itu bermula sebelum kesibukan pada waku petang dan hanya berlaku beberapa minit. Semasa trak utiliti yang membawa gas barbeku dibakar di Bourke Street yang sibuk, Shire Ali menikam orang ramai di situ dan menyerang anggota polis.

Silinder tidak meletup dan api dipadam alam masa 10 minit, di mana serangan telah berakhir, walaupun seorang lelaki maut ditikam.

Video yang diposkan ke Twitter dan disiarkan di televisyen menunjukkan lelaki itu mengacu pisau ke arah dua anggota plis, sebelum dia jatuh selepas ditembak di dada. Dia kemudian meninggal dunia di hospital.

Bourke Street dibuka semula pada pagi Sabtu, dan seorang wartawan Reuters mengatakan terdapat pertambahan kehadiran polis di kawasan itu.

Sekutu tegar AS, Australia telah berjaga-jaga terhadap keganasan itu selepas kejadian pengepungan kafe Sydney pada tahun 2014, dan agensi perisikannya telah meningkatkan pengawasan, walaupun Ashton berkata tidak ada amaran serangan terbaru.

Beliau berkata tidak lagi ancaman kepada orang ramai, tetapi pengawasan keselamatan akan ditingkatkan di perlumbaan kuda dan Hari Peringatan pada hujung minggu. Ahad menandakan 100 tahun sejak gencatan senjata ditandatangani yang menandakan berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Pihak berkuasa mengatakan kewaspadaan Australia telah berjaya menggagalkan sekurang-kurangnya satu dozen plot, termasuk pelan untuk menyerang Melbourne pada Krismas pada tahun 2016, perancangan abang Shire Ali dan rancangan untuk meletupkan satu penerbangan dari Sydney.

Pada bulan Disember 2014, dua tebusan telah dibunuh dalam tempoh 17 jam oleh seorang lelaki bersenjata yang terpengaruh dengan serangan IS di sebuah kafe di Sydney. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS