Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bukan mudah ratifikasi ICERD, perlu pinda perlembagaan - Mohamad
Diterbitkan:  Nov 10, 2018 3:20 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Tindakan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan sesuatu proses yang mudah kerana ia memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata mana-mana perkara yang membabitkan pelaksanaan sesuatu dasar baharu di negara terlebih dahulu perlu melalui proses pindaan Perlembagaan yang memerlukan dua pertiga undi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen.

Justeru, beliau berkata, orang Melayu tidak perlu bimbang kerana hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam bukan mudah dipinda dalam Perlembagaan..

“Kita hormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelaksanaan ICERD tetapi untuk melaksanakannya di Malaysia, kita perlu melalui proses pindaan Perlembagaan.

“Bagi saya ia dimainkan sebagai satu isu politik sahaja dan isu sebegini bukan sesuatu yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negeri Kelantan 2018, di sini, hari ini.

-- LAGI

AMANAH-ICERD 2 (AKHIR) KOTA BAHRU

Konvensyen kali ketiga itu turut dihadiri​​​​​​​ Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Amanah menerima pertambahan jumlah anggota parti yang semakin memberangsangkan terutama di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.

Katanya, dalam tempoh empat bulan lepas lebih kira-kira 8,000 anggota baharu menyertai Amanah di negeri ini sekali gus merupakan satu ransangan yang baik kepada negeri-negeri lain.

“Faktor utama pertambahan keanggotaan yang besar ini adalah hasil perhitungan politik yang betul iaitu untuk memerintah di peringkat persekutuan kita perlu wujudkan kerjasama dengan parti lain khasnya parti yang terdiri daripada kaum lain,” katanya.

-- BERNAMA

Lihat Komen
ADS