Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Australia nafi keluarkan pasport kepada Jho Low
Diterbitkan:  Nov 10, 2018 4:51 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia menafikan spekulasi bahawa ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low mendapat pasport dari negara itu.

"Rekod jabatan menunjukkan Low Taek Jho tidak memegang pasport Australia," kata jurucakap jabatan itu kepada Malaysiakini.

Ia mengulas laporan The Star semalam yang memetik sumber sebagai berkata Low mungkin mendapat pasport dari Thailand, Australia dan New Zealand.

Sumber berkata Low mempunyai keluarga di Thailand, yang mungkin membolehkan dia menikmati "keistimewaan" seperti mendapatkan pasport negara itu.

Low, juga dikatakan mempunyai hartanah di Melbourne dan Sydney bersama-sama dengan aset NZ$ 265 juta (RM747 juta) yang dimiliki dalam unit amanah di New Zealand.

Kedua-dua pasport yang dimiliki Low dari Malaysia dan St Kitts and Nevis telah dibatalkan.

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini dikatakan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB.

Minggu lepas, Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) mendakwa Low tanpa kehadiran tertuduh (in absentia) kerana berkonspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram berbilion ringgit daripada 1MDB dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika (FCPA).

Lihat Komen
ADS