Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan laksana projek perintis sebelum mula subsidi petrol bersasar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan projek perintis sebelum pelaksanaan subsidi petrol bersasar pada suku kedua tahun depan.

Menterinya, ​​​​​​​Saifuddin Nasution Ismail, berkata projek perintis tersebut bertujuan memastikan sistem mekanisme baru subsidi petrol bersasar untuk golongan berpendapatan terendah (B40) berjalan lancar di semua stesen minyak apabila dilaksanakan.

​​​​Beliau berkata ketika ini pihaknya telah melancarkan Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi penyedia perkhidmatan untuk mewujudkan mekanisme baru sebelum projek perintis dijalankan pada suku pertama tahun depan.

Buat masa ini, kementerian sedang membincang dan meneliti beberapa aspek berhubung projek perintis tersebut bagi mengelak sebarang gangguan teknikal semasa pelaksanaan sistem baru itu di semua stesen minyak.

Beliau berkata ​​​​​​​demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong di George Town, hari ini.

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dengan kapasiti enjin bawah 1,500cc dan 40 liter sebulan untuk pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

​​​​​​​Selain itu, kerajaan juga akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

-Bernama

Lihat Komen
ADS