Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu hukuman berat dikenakan terhadap pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat mengulas kejadian terbaru di Bangi apabila bayi berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas didakwa dirogol, diliwat dan didera oleh suami pengasuh kanak-kanak berkenaan.

“Walaupun dia (suami pengasuh) diuji positif dadah namun ini adalah jenayah kejam.

"Sesuatu yang tak boleh diterima, adakah sifat kemanusiaan kita telah lebur,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas majlis penutupan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 2018 di Kuala Lumpur.

Menurut polis Kajang, mangsa meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Serdang selama dua hari. Bedah siasat mendapati bahagian kemaluan dan dubur mangsa koyak.

Kanak-kanak rumah anak yatim dakwa didera

Bedah siasat jabatan patologi hospital itu juga menyimpulkan punca kematian disebabkan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala.

Polis telah menangkap pengasuh dan suaminya berusia 36 tahun pada Jumaat lalu. Tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.

Wan Azizah turut mengulas mengenai kejadian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang membuat laporan polis mendakwa dia dan rakan-rakannya dicabul dan didera penjaga lelaki di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Temerloh.

Wan Azizah berkata kesemua 27 kanak-kanak itu telah diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka dibawa menjalani pemeriksaan di hospital," katanya sambil menjelaskan 27 kanak-kanak telah kembali ke pangkuan keluarga dan waris masing-masing, manakala dua lagi yang tidak mempunyai waris berada di bawah penjagaan JKM.

Lihat Komen
ADS