Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

PEMILIHAN PKR | Seorang pegawai Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) yang ditangkap kerana dakwaan "serangan siber" terhadap sistem e-undi parti di Julau telah dibebaskan daripada tahanan polis hari ini.

Sumber polis dengan pengetahuan mengenai penyiasatan kes berkenaan berkata pegawai IT yang bertanggungjawab terhadap sistem e-undi itu telah dilepaskan dari ibu pejabat polis daerah Sibu sekitar jam 5.15 petang tadi.

Hal ini, kata sumber selepas pihak berkuasa selesai merekod kenyataannya.

"Dia ditangkap di lapangan terbang Sibu sekitar jam 9 pagi dan dibawa ke ibu pejabat polis.

"Pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Sarikei menyiasat kes ini," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber juga berkata walaupun lelaki itu dibebaskan tetapi pihak polis menyita komputer riba, telefon genggam dan pemacu pena.

Perisian hasad atau antikecurian?

Semalam, pengundian cabang Julau terganggu selepas calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa perisian hasad dipasang pada tablet yang digunakan untuk mengundi.

Terdapat dakwaan seorang pegawai JPP dilihat memanipulasi tablet untuk memasang aplikasi bernama Prey.

Seterusnya, JPP menggantung keputusan pemilihan Cabang PKR Julau selepas apa yang dikatakan sebagai "serangan siber".

Bagaimanapun, Ketua PKR Cabang Julau, Semana Sawang, mempertikaikan kenyataan Rafizi mengenai kejadian tersebut.

Penulis teknologi Keith Rozario bagaimanapun menjelaskan perisian yang didakwa Rafizi sebagai perisian hasad itu adalah adalah perisian antikecurian.

Di laman webnya, jenama Prey itu sendiri diiklankan sebagai perisian anti-kecurian yang membolehkan pengguna mengesan peranti mereka tetapi juga "menghapus data dan folder dari jauh pada peranti yang hilang."

Ia seterusnya membolehkan pengguna mengurus dan melaksanakan tugas pada "beribu-ribu peranti" dalam masa yang sama.

Ketika dihubungi, Pengarah JPP Rashid Din berkata pemilihan cabang Julau masih disiasat.


 

Lihat Komen
ADS