Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim tak setuju Moody's tukar penarafan Petronas kepada negatif
Diterbitkan:  Nov 12, 2018 11:38 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak setuju dengan tindakan Moody's Investors Service yang menurunkan penarafan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada stabil kepada negatif.

Dalam wawancara bersama BFM pagi ini, beliau berkata agensi itu tidak seharusnya membuat penarafan berdasarkan dividen istimewa RM30 juta bersifat one-off yang diberikan Petronas kepada kerajaan.

"Ini mungkin tidak dipersetujui Moody's, (tetapi) saya secara peribadi berpandangan apabila anda membuat analisis penarafan, anda melihat kepada prestasi syarikat.

"Prestasi Petronas memang teguh," katanya dalam program Breakfast Grille stesen radio itu.

"Jika anda hanya (mengambil kira) dividen one-off RM30 bilion yang diberi kepada kerajaan, saya fikir ia tidak mencerminkan prestasi kewangan syarikat itu," katanya lagi.

Dalam kenyataan pada 8 November lalu, Moody's mengesahkan penarafan A1 penerbit tempatan dan mata wang asing tidak bercagar kanan Petronas, tetapi mengubah prospek daripada stabil kepada negatif.

Naib Presiden Kanan Moody’s Vikas Halan menjelaskan agensi itu berpandangan profil kewangan Petronas mungkin merosot jika kerajaan terus meminta syarikat itu mengekalkan pembayaran dividen tinggi, terutama jika harga minyak menurun.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS