Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tian Chua seru pendamaian, jangka Rafizi diberi jawatan lantikan
Diterbitkan:  Nov 12, 2018 12:08 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Naib Presiden Tian Chua mendesak semua pihak merapatkan kembali perhubungan susulan tamatnya pemilihan parti itu yang penuh isu dan kontroversi.

Katanya, walaupun terdapat beberapa isu berkaitan keputusan, proses pemulihan parti harus bermula sekarang.

“Pada tahap ini, semua kita patut bertenang dan mula berdamai.

“Kita harus kembali jadi sebuah keluarga,” kata pemimpin kem Timbalan Presiden Azmin Ali itu.

Dalam kenyataan hari ini, Chua berkata turut mengucapkan tahniah kepada Azmin kerana mempertahankan kerusi buat penggal keempat.

Keputusan ini bagaimanapun belum disahkan kerana pemilihan semula di beberapa cabang dijangka dibuat.

Chua juga memuji pencabar Azmin, Rafizi Ramli yang “melengkapkan proses demokrasi dalam parti” dan berharap pemimpin muda itu akan membantu dalam proses pendamaian parti.

“Saya percaya kepimpinan baru akan melantiknya untuk satu kawasan dan sudah tentu parti menghargai sumbangannya,” kata Chua.


 

Lihat Komen
ADS