Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jho Low mungkin ke China guna nama lain - Guan Eng

Ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mungkin memasuki China dengan menggunakan nama lain.

Bercakap semasa ditemubual oleh stesen radio BFM, hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak menolak mengenai kemungkinan itu.

“Saya bercakap dengan Duta Besar China ke Malaysia (Bai Tian) dan beliau memberi jaminan bahawa berdasarkan rekod negara berkenaan, dia (Jho Low) tidak memasuki China menggunakan pasport Malaysia

“Bagaimapun jika dia dipercayai memiliki beberapa pasport dengan nama berbeza dan ini sudah menjadi cerita lain. Namun berdasarkan rekod mereka, Jho Low tidak berada di China.

“Sudah tentu kita harap ia adalah keadaan sebenarnya. Dan jika Jho Low berjaya menyelinap masuk, pihak berkuasa China pasti akan membantu kita mengenal pasti dan mencarinya.

“Setakat ini, kita tidak ada masalah dari segi kerjasama dengan pihak berkuasa China," katanya.

Menurut Lim, pihak republik China memberi kerjasama sepenuhnya kepada negara dalam memburu ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Katanya, kerajaan juga meneruskan pencarian dan sekiranya lokasi Jho Low dikenal pasti, Malaysia akan meminta kerjasama negara itu untuk mengekstradisinya.

Kerajaan membatalkan pasport Malaysia milik Jho Low pada 16 Jun lalu dan ahli perniagaan berusia 37 itu sebelum ini dilaporkan menggunakan pasport St Kitts and Nevis. Namun ini juga sudah dibatalkan pada Jun lalu.

Straits Times Singapura melaporkan Jho Low, yang dikehendaki oleh beberapa negara, turut mempunyai pasport dari Australia, New Zealand dan Thailand.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS