Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Alhamdulillah, tapi kita belum sampai ke penghujung’

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pemilihan parti itu belum selesai, walaupun Azmin Ali dan sekutunya sudah meraikan kemenangan mereka.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan mereka itu, Wan Azizah menjawab: “Alhamdulillah, saya tak tahu la macam mana (tetapi) kita belum sampai ke penghujung pemilihan.”

Disoal wartawan tentang kewajaran mereka bervuat demikian, Wan Azizah yang juga adalah timbalan perdana menteri berkata: “ala kadang-kadang orang macam excited, seronokkan.”

Wan Azizah bercakap kepada wartawan selepas melancarkan Kejohanan Badminton Remaja Astro bawah 15 tahun di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

Secara rasmi, fasa utama pemilihan kepimpinan PKR berakhir semalam dengan Azmin disebut-sebut akan memenangi penggal ketiga sebagai timbalan presiden PKR.

Walau bagaimanapun, aduan yang dikemukakan oleh mereka yang menyokong Rafizi Ramli menyaksikan keputusan pemilihan untuk bahagian Julau digantung. Ramai yang membuat spekulasi bahawa jawatankuasa pemilihan parti (JPP) akan menetapkan Rabu ini untuk pemilihan semula.

Apabila ditanya sama ada pemilihan di Julau akan dilakukan sekali lagi, Wan Azizah berkata beliau tidak mempunyai maklumat itu.

“Mereka (JPP) akan buat keputusan ada (pemilihan semula) atau tidak atau kita teruskan ke tidak.

“Saya akan biarkan (mereka) sebagai satu tanda bahawa kita hendak pemilihan itu bebas," katanya.

Menurut keputusan tidak rasmi yang diselaraskan Malaysiakini,

Mengikut keputusan tidak rasmi Malaysiakini, Azmin memperoleh 51.82 peratus undi untuk jawatan timbalan presiden.

Mengikut laman Twitter rasmi JPP, sekutu Azmin, Haniza Talha dan Dr Afif Bahardin sedang mendahului pergerakan Wanita dan Pemuda.

Mereka yang rapat dengan Azmin juga dijangka akan memenangi 15 daripada 20 kerusi jawatankuasa kepimpinan pusat (MPP) yang dipilih.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS