'Umno tiada kontrak, tiada baiah, jadi terpulanglah'
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengakui beliau berhadapan tugas sukar dalam memastikan pemimpinnya tidak termakan godaan pihak yang mahu menarik mereka keluar parti.
“Saya terima maklumat, bahawa tak putus-putus orang menghampiri ahli parlimen dan Adun kita.
“Dan sesetengah daripada mereka telah buat keputusan untuk lompat parti.
“Jadi, saya berdepan tugas sukar sebagai setiausaha agung, untuk memastikan mereka (yang tinggal) kekal,” katanya ketika ditemui pemberita di parlimen hari ini.
Annuar diminta mengulas keputusan Adun Guar Chempedak Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Annnuar, anggota parlimen Keterehm berkata Umno menghormati apa juga keputusan ahlinya.
Katanya, BN tidak mengamalkan perjanjian yang mengikat mereka.
“Tak ada kontrak. Tak ada perjanjian. Tidak ada baiah. Tidak ada sebarang ikatan. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing,” katanya.

