Penulis komik Marvel Stan Lee meninggal dunia
GLOBAL l Penulis komik legenda, Stan Lee meninggal pada usia 95 tahun, menurut laporan media pada Isnin.
Dilahiran pada 28 Disember 1922, Lee memulakan kariernya pada 1939 dan menyertai Komik Marvel pada 1961.
Beliau dianggap legenda terkemuka dalam sejarah penghasilan buku komik, dengan mencipta watak fiksyen ikonik seperti Spider-Man, X-Men, Four Fantastic, Avengers dan banyak lagi, lapor Xinhua.
Watak adiwira cipataannya itu turut difilemkan dan mendapat kutipan pecah panggung, kebanyakan filem dihasilkan selepas Disney memperoleh Marvel melalui perjanjian 4 bilion dolar pada 2009.
Ketua Pegawai Eksekutif Disney Robert Iger dalam akaun twitter menulis "Lee seorang yang luar biasa kerana watak-watak yang diciptanya".
Beliau berkata Lee mempunyai keistimewaan tersendiri yang memberikan inspirasi, menghiburkan dan menghubungkan penggemar Marvel di seluruh dunia.
- Bernama

