Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maszlee dedah pesan Mahathir pada menteri pendidikan

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mendedahkan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berpesan kepadanya supaya mendidik rakyat Malaysia mencontohi sukap baik masyarakat Jepun.

Kata Maszlee, ia termasuk, sikap rajin bekerja untuk membangunkan negara, menjunjung integriti dan rasa malu jika tidak menunaikan tanggungjawab.

“Sebab baru-baru ini dia ingin jadi menteri pelajaran, (tetapi) tak dapat.

“Dia minta saya teruskan perjuangannya untuk bawa nilai-nilai tersebut,” katanya.

Mahathir sebelum ini melepaskan jawatan sebagai menteri pendidikan dan memberikan kepada Maszlee selepas dikatakan melanggar manifesto Pakatan Harapan yang menyebut perdana menteri tidak boleh memegang portfolio kementerian.

Bercakap dalam forum di Putrajaya hari ini, Maszlee berkata, Mahathir telah bercakap berkaitan nilai-nilai baik Jepun sejak 70-an lagi tetapi sampai ke hari ini belum menjadi kenyataan.

“Dia kata dia dah (umur) 93, mungkin tak dapat lihat hasilnya,” kata Maszlee.

Justeru, anggota parlimen Simpang Renggam berkata kini menjadi tanggungjawab warga Kementerian Pendidikan (KPM) bersama-sama memperjuangkan perkara itu.

“Saya rasa kan saya terlalu lemah untuk teruskan keseorangan.

“Harapan ialah pada warga pendidik dan juga KPM, saya yakin kalau kita bersama kerja untuk membentuk generasi Malaysia yang baru,” katanya.

Lihat Komen
ADS