Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Platform baru bagi pertukaran data di antara kerajaan dan industri akan dicadangkan kepada kabiet pada awal suku pertama tahun depan kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Katanya platform tersebut bertujuan menyediakan data untuk kerajaan sambil menggalakkan industri untuk berkongsi maklumat.

“Kita mahu akses kepada maklumat dan ia dalam pertimbangan dan memang itu cadangan yang saya akan bawa ke kabinet.

“Kementerian sedang mencari mekanisme dan platform digital ini terbuka dan telus.

"Ia sudah dipraktilkan di beberapa negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan TM Forum, Digital Transformation Asia, di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Gobind kerajaan kini di peringkat kajian berkaitan perkara tersebut.

Sementara itu dalam ucapannya Gobind berkata inisiatif tersebut dilakukan antara kementerianya dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

“Kalau anda lihat di negara lain yang sudah melakukannya, banyak maklumat berkaitan kerajaan diperolehi dan apa yang mereka lakukan dibuka kepada orang awam untuk akses.

“Ia juga membolehkan pihak industri membuat keputusan yang berkaitan,” katanya.

Menurut Gobind lagi, pengumuman berkaitan perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau yang juga anggota parlimen Puchong berkata antara agenda utama untuk rancangan itu ialah memastikan tiada kebocoran maklumat berlaku.

“Sudah tentu kita dalam proses kajian dan ia dah diperingkat cadangan, apa-apa yang kita lakukan, yang penting untuk memastikan pelindungan data adalah agenda utama kita dan kita akan pastikan tidak berlaku kebocoran maklumat,” katanya.

Lihat Komen
ADS