Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Johor perkenan pelantikan mufti baru
Diterbitkan:  Nov 13, 2018 4:40 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Sultan Johor hari ini perkenan pelantikan Yahya Ahmad sebagai mufti negeri baru.

Pelantikan Yahya sebagai menggantikan Mohd Tahrir Samsudin yang bersara selepas memegang jawatan itu sejak Nov 2008.

Yahya sebelum ini merupakan timbalan mufti Johor.

Perkara itu dimaklumkan melalui perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini yang memaparkan gambar Ahmad mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, dalam majlis penyerahan watikah pelantikan dan ikrar taat setia itu, Sultan Ibrahim turut memperkenankan bekas Kadi Besar Johor, Ahmad Faisal Mohamed sebagai timbalan mufti negeri yang baru.


Lihat Komen
ADS