Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demam babi Afrika menular ke China tengah
Diterbitkan:  Nov 13, 2018 10:00 PM
Dikemaskini: 2:31 PM

China telah mengesahkan satu penularan baharu wabak demam babi Afrika di Wilayah Hubei yang terletak di China tengah, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar pada Selasa.

Daripada sejumlah 147 ekor babi yang diternak di dua ladang berhampiran di bandar Wuxue, tujuh disahkan telah dijangkiti virus itu manakala enam lagi mati, menurut kementerian tersebut di laman sesawangnya.

Kementerian itu telah menghantar sepasukan petugas ke Wuxue manakala pihak berkuasa tempatan memulakan satu respons kecemasan untuk menghalang, memusnahkan dan menyahjangkit babi yang terjejas.

Mikrograf elektron partikel virus. Gambar Wikipedia.
 

Kenyataan itu menyebut penyakit tersebut telah dikendali dengan betul dan situasi adalah terkawal.

Ini merupakan penularan wabak demam babi di Hubei tahun ini.

Demam babi Afrika amat mudah berjangkit dan hanya menular dalam kalangan haiwan itu.

Ia tidak menjejaskan manusia atau spesies haiwan lain.

China melaporkan kes pertamanya pada Ogos di wilayah Liaoning yang terletak di bahagian timur laut negara itu.

Penularan selepas itu dilaporkan di beberapa wilayah lain.

- Bernama

Lihat Komen
ADS