Mahkamah Pilihan Raya di Seremban akan memutuskan Jumaat ini berhubung cabaran calon PKR, Dr S Streram terhadap bekas menteri Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yang memenangi kerusi DUN Rantau tanpa bertanding.

Hakim Azimah Omar mempercepatkan tarikh keputusan itu kepada 16 November. Keputusan sebelum ini dijadualkan pada 20 November.

Ini dinyatakan dalam satu surat yang dihantar oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Mazlifah Mokhtar kepada pihak-pihak berkenaan semalam.

Dr Streram sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah timbalan presiden Umno sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.

Mohamad menang kerusi itu tanpa bertanding selepas pegawai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Amino Agus Suyub enggan membenarkan Streram memasuki pusat pencalonan pada 28 April lalu kerana beliau tidak mempunyai pas sah.

Sebanyak 19 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan selama 12 hari itu.

[Baca berita penuh]