Tiga puluh empat daripada 68 pekerja Myanmar yang diseludup ke Thailand berjaya diselamatkan, lapor Global New Light of Myanmar pada Khamis.

Mereka kemudian dihantar semula ke bandar Myawaddy di sempadan negeri Kayin.

Menurut agensi berita Xinhua, 34 pekerja Myanmar itu kembali dengan kerjasama Pejabat Atase Buruh Myanmar dan Rangkaian Hak Asasi Pekerja Migran.

Seramai 68 pekerja Myanmar menyeberangi sempadan Myanmar-Thailand secara haram kerana terpedaya dengan pujukan broker yang menjanjikan kerja kontrak.

Seorang mangsa memberitahu pihak berkuasa, dia membayar 750,000 kyats (US$500) dan 2,000 baht Thai (US$60.80) untuk mendapatkan pekerjaan yang dijanjikan broker.

- Bernama